3 GAMBAR:HANCUR TANGAN AKIBAT MERCUN

ROMPIN: Gara-gara bermain mercun tanpa pengetahuan ibu bapa, seorang murid tahun tiga hancur di bahagian pergelangan tangan kirinya akibat letupan mercun di rumahnya, FELDA Keratong 1, Muadzam Shah, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang itu, pergelangan tangan mangsa hancur apabila mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dibaling.

Ibu mangsa, 30-an hanya sedar mengenai kejadian itu apabila terdengar jeritan anaknya sebelum menemui anaknya itu terbaring kesakitan.


Mangsa segera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Keadaan mangsa kini stabil, bagaimanapun besar kemungkinan akan kehilangan pergelangan tangannya kesan daripada letupan mercun terbabit. Mangsa kini berada di unit rawatan rapi (ICU) HTAA.KREDIT

MEMALUKAN!"JURUFOTO" AJAK WANITA BERHIJAB UNTUK BERZlNA

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita mengenai seorang lelaki yang menyamar sebagai jurugambar meminta mangsanya membuat posing 'mengancam' kononnya sebagai syarat untuk pemilihan model pakaian muslimah melalui 
Facebook chat. 

Lelaki terbabit masih lagi bebas, malah semakin berani mendekati anak-anak gadis di Facebook.

Baru-baru ini, modus operandi yang sama juga digunakan untuk menjerat mangsa baru mereka. Sama ada orang yang sama ataupun tidak, tujuan mereka sama seperti kes terdahulu. Namun kali ini melibatkan seorang wanita yang sudah menjadi tunang orang.

Lelaki itu semakin melampau bilamana dia cuba mengajak mangsanya yang juga seorang wanita bertudung & berniqab untuk ber#zi-na. Dia juga sempat meminta mangsanya mengisi borang palsu.

Bagaimanapun, mangsa tetap enggan melayaninya lalu lelaki itu mula menggunakan kata-kata #lu-cah & mengajaknya melakukan perbuatan tidak bermoral.










Identiti lelaki berkenaan masih tidak dapat dikenalpasti. Besar kemungkinan lelaki itu menggunakan gambar & akaun palsu untuk menggelakan diri dari ditangkap.

Para wanita dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang tawaran menjadi model memperagakan pakaian muslimah. Tujuan mereka tak lain tak bukan adalah menggunakan gambar-gambar mangsa untuk tujuan yang tidak elok.KREDIT

BAYI 3 BULAN MENINGGAL DI TASKA PRESINT 11 PUTRAJAYA.

Lagi kes bayi meninggal di Putrajaya. Seorang bayi berusia tiga bulan lebih meninggal dunia di sebuah taska di Putrajaya.

Mangsa, Imna Khalisa, 3 bulan+, meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11. Bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui. Pihak keluarga mangsa masih menunggu keputusan autopsi yang sedang dilakukan.

Baca luahan hati bapa saudara mangsa di bawah:

Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.

Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.

Trust me. Someone will pay and heads will roll.

Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi

Bagaimanapun, Boii Amani Hashim berkata, beliau akan mengumumkan punca kematian adik Imna Khalisa sebaik saja laporan autopsi dikeluarkan. - My Media Hub

Nota Kaki: Bila search Taska Permata Bonda di Google, resultnya:

LELAKI PUTUS KEPALA DIBAHAM BUAYA KETIKA MENCARI POKOK SAGU


Betong – Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya di Sungai Rimbas, pagi tadi. Kejadian berlaku pada jam 10 pagi mengorbankan Mustapa Bunsu, 50, dengan mayatnya ditemui tidak berkepala dan lengan kiri pada 3.40 petang tadi.

Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama empat rakan ke sungai berkenaan untuk mencari pokok sagu. Katanya, seekor buaya datang secara tiba-tiba lalu menyambarnya.

“Operasi mencari dan menyelamat dijalan sebelum mayatnya ditemui lima jam kemudian kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Betong untuk bedah siasat,” katanya, lapor Hmetro.

MAYAT SEPARUH BOGEL DITEMUI TERAPUNG DI KAMPUNG BATU JINJANG

Kuala Lumpur – Satu mayat yang belum dikenalpasti jantinanya ditemui terapung dengan hanya memakai seluar dalam di kolam takungan banjir, Kampung Batu, Jinjang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.55 petang itu mangsa yang ditemui tertiarap di kawasan kolam itu oleh orang ramai segera di angkat naik dengan bantuan pihak bomba.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa yang dianggarkan berusia 40 tahun kini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Kami (polis) masih menyiasat identiti sebenar mangsa dan jantinanya dan tidak menolak kemungkinan mangsa sudah mati beberapa hari lalu,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Katanya, sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat, lapor Hmetro.

LUAHAN HATI ALIFF AZIZ ATAS TUDUHAN BERSALAH MENCURI TELEFON BIMBIT!!

Heboh dunia hiburan hari ini apabila rata-rata media melaporkan berita mengenai penyanyi kelahiran seberang, Aliff Aziz yang dijatuhkan hukuman denda $2,000 setelah didapati mencuri dua telefon bimbit.

Ekoran tersebarnya berita tersebut, ramai yang ternanti-nanti ulasan daripada Aliff Aziz sendiri. Melalui Twitter rasmi @Aliffaziz, dia memuatnaik beberapa status seolah-olah tuduhan mencuri itu tidak betul dan media tidak mengetahui cerita sebenar.
Kelab Penyokong Aliff Aziz (@aliffAziz_FC) juga turut mempertahankan artis tersebut melalui ruangan twitter. Mereka menyeru para peminat agar tidak mempercayai berita fitnah itu dan menunggu penjelasan sebenar yang akan dibuat oleh Aliff Aziz sendiri.
Sebelum ini, desas desus kes kecurian ini dapat dihidu oleh media hiburan. Menurut sumber, Aliff berhadapan dengan tuduhan mencuri telefon bimbit, Tetapi bukanlah bermakna dia yang melakukan jenayah tersebut. Dengar cerita akibat terlalu percaya dengan rakan Aliff pula yang kena tuduh.

Mungkin pada waktu pemeriksaan pihak berkuasa, barang bukti itu berada di badan Alif, mahu tidak mahu terpaksa jugalah dia disiasat kini.

Apapun, kita tunggu sahaja lah apakah penjelasan yang akan dibuat oleh Aliff Aziz dalam masa terdekat kerana kes seperti ini pasti akan menjatuhkan maruah beliau. Malah, karier sebagai artis juga mungkin akan berkubur. -Tengoktvonline

TIKUS DITEMUI MENYOROK DALAM SAYUR BROCOLI DI AEON BIG, MID VALLEY

Chiah Yoke Fong, memuat naik dua gambar penemuan yang amat menjijikan di sebuah pasaraya terkemuka di 
Facebook mendapat 4,383 shares di Facebook. 

Gambar yang dikongsikan itu bukanlah gambar yang menarik, sebaliknya gambar seekor tikus bersembunyi dibawah timbunan sayur brocolli hijau.

Chiah bagaimanapun segera memaklumkan penemuan berkenaan kepada kakitangan Aeon Big warga Bangladesh. Sebaliknya kakitangan terbabit memanggil rakan kerjanya seorang perempuan melayu datang melihat penemuan itu. 

Menurut Chiah, reaksi kedua kakitangan Aeon Big berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda terkejut mahupun memohon maaf kepadanya berikutan perkara yang tidak sepatutnya terjadi itu. 

Jelas Chiah lagi, dia tidak akan berbelanja di cawangan Aeon Big Mid Valley lagi kerana pasaraya itu tidak menjaga kebersihan.Krdit